Friday 13 July 2012

miss someone

assalamualaikum wbt..

"Ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang menghalang kamu dan dia untuk bersatu,
akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu,
pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah.
Dan ketahuilah jua, walau berjuta tangan yang datang untuk satukan kamu dan dia,
akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu,
pasti kamu tidak akan bersatu,
maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu,
dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu,
maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan, kerana dia adalah pilihan dari Allah…" :')

Friday 6 July 2012

bercinta sampai ke Syurga

assalamualaikum..rasenyer dah lama aku xupdate blog nie,bukan pe dok bz manjang..siyez xde mase pun nak bukak..ok2..kali nie kita akan bercakap mengenai LOVE..

                                     disini ku berjanji disaksi rembulan
                                     andainya ku pergi dulu
                                     jikalau ku pergi dulu
                                    ku nantimu dipintu Syurga



Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…
Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?
43_67
Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]




Itulah realitinya..OK..out dulu..wassalam..